Tuesday, February 2, 2010

BLOG DIJADIKAN SEBAGAI MEDIUM PERTELAGAHAN

(owh, gambar ini adalah kawan2 saya..bukan sape2 pon)
Jangan terkejut dengan ‘headline’ di atas, ia memang isu yang sangat hangat sekarang di mana ramai remaja yang dapat kita lihat kini menjadikan blog sebagai gelanggang mereka untuk bertelagah atau dalam erti kata lain, bercakaran mulut. Kebanyakan kes adalah seperti apabila adanya ‘blogger’ yang mengutuk atau mengata tentang seseorang yang mereka tidak berkenan. Mungkin ini dianggap seperti tidak memberi apa-apa kesan pun pada mereka namun hakikatnya, ini boleh menimbulkan rasa marah dan benci kepada orang lain.


Ada seorang kawan telah memberitahu bahawa dia telah melaga-lagakan kawan beliau dengan seorang lagi kawannya sehingga menyebabkan pertelagahan mereka dibawa sehingga keluar. Ini adalah contoh buruk si ’blogger’ kerana niatnya yang ingin melaga-lagakan kawan sendiri.


Ada banyak lagi kejadian yang lain yang telah terjadi atau sedang terjadi dimana ada segelintir ‘blogger’ yang meluahkan isi hati mereka dengan menyatakan ketidakpuasan hatinya terhadap seseorang di blognya. Malangnya, orang yang berkenaan telah membaca tulisan yang ditujukan kepadanya dan dari situ mereka mula menulis keburukan sesama sendiri di dalam blog masing-masing. Tidak cukup dengan itu, mereka pula menghasut ‘geng-geng’ mereka untuk melakukan perkara yang sama mengutuk, menghina, memaki dan macam-macam lagi.


Apa yang penting adalah pandai-pandailah kita menggunakan teknologi dan janganlah kita menyalah gunakan kebaikan teknologi. Sebetulnya, blog adalah tempat untuk kita berkongsi maklumat dan masalah. Bukan medium untuk menghina orang lain.

No comments:

Post a Comment