Wednesday, March 24, 2010

KES MAHKAMAH-BUNUH TEMAN WANITA

SHAH ALAM – Seorang lelaki (OKT) yang berusia 38 tahun dipercayai membunuh teman wanitanya di rumah kediamannya sendiri dengan menggunakan kain tudung apabila mendapat tahu bahawa teman wanitanya itu akan berkahwin dengan seorang lelaki pilihan keluarga beliau.

Menurut siasatan terperinci yang dijalankan oleh pihak polis dan ahli kimia di hospital, mereka menafikan kata-kata lelaki tersebut dengan mengatakan teman wanitanya mati akibat minum racun setelah bersetuju untuk membunuh diri bersama-sama akibat kecewa dengan keputusan kedua orang tua wanita berkenaan yang akan mengahwinkan anaknya dengan lelaki lain (SP12).

Jiran OKT berkata telah melihat OKT adalah orang yang terakhir dilihat bersama dengan si mangsa. Menurut jirannya juga, tidak lama selepas melihat mereka berdua masuk ke dalam rumah OKT, OKT telah lari datang ke rumahnya dalam keadaan yang tidak waras dan memberitahu bahawa teman wanitanya sudah mati akibat minum racun dan kemudiannya OKT telah rebah.

Menurut pendakwa raya, OKT kelihatan seperti tidak merasai kehilangan teman wanitanya kerana air mukanya yang slumber dan ini menunjukkan bahawa beliaulah yang membunuh teman wanitanya itu.

Tambahan pula, siasatan telah mengatakan OKT telah menjerut leher si mangsa dengan menggunakan kain tudung yang dipakai si mangsa kemudian OKT meminum racun rumpai supaya ingin mengaburi mata orang lain bahawa beliau tidak bersalah.

Ahli kimia telah berkata bahawa ujian yang dibuat mengesahkan bahawa tiada apa-apa racun berada di dalam badan si mangsa seperti apa yang diberitahu oleh OKT apabila beliau sendiri telah melihat teman wanitanya itu meminum racun berkenaan selepas beliau.

Hakim mendapati OKT bersalah dan hukuman beliau akan dibicarakan pada perbicaraan akan dating di mahkamah Shah Alam.

No comments:

Post a Comment