Saturday, February 20, 2010

Kahwin Lari

Ikutkan kata hati mati, ikutkan rasa, badan binasa. Peribahasa ini ada kaitannya dengan tajuk di atas di mana sudah ramai remaja kini melakukan perkara yang tidak sepatutnya iaitu kahwin lari. Kadang-kadang terlintas juga di fikiran, tidak ada mak ayah ke mereka sehingga sanggup mengenepikan hak orang tua mereka sebagai penjaga mereka selama ini.

Dek kerana terlalu ikutkan kata hati sangat, kedua orang tua sanggup di abaikan dan sanggup lari ke seberang untuk bernikah.

Ya, memang bernikah di seberang Thailand amat murah. Walaubagaimanapun, tidak guna juga tanpa restu ibu dan ayah. Bukankah tanpa restu mereka, tidak bahagialah kehidupan mereka sebagai suami isteri kelak. Entahlah, mungkin mereka terlalu muda untuk memikirkan itu semua.

Cuti seminggu memang memberi saya pelbagai input baru. Selain daripada kes sukakan ibu sendiri, kes seperti kahwin lari ini juga amat hangat diperkatakan sekarang lebih-lebih lagi ia terjadi kepada orang yang terdekat dengan saya.

Apa tidak pentingkah lagi orang tuanya pada dirinya? Sudah butakah hatinya sehingga sanggup berbohong kepada orang tuanya tentang apa yang telah berlaku? Remaja zaman sekarang, pantang dibelai manja, ucapkan kata-kata manis sedikit sudah cukup untuk melenturkan rasa hormatnya pada ibu dan ayahnya sendiri dan ikutkan kata-kata si kekasih. Nak katakan tiada agama, si dia bertudung. Bahkan, ibu ayahnya sangat tegas dalam bab-bab agama ini tetapi si buah hati dan ayah kepada si buah hatinya telah menjanjikan hidup yang cukup indah di masa hadapan (kononnya) buat dirinya.
Ah! ayah mertuanya pun 2x5. Dia adalah seorang agen yang sudah bertahun-tahun melakukan perkara seperti ini dimana merealisasikan impian remaja-remaja mahupun orang tua untuk bernikah di seberang. Paling mengejutkaan, dia adalah seorang kakitangan yang bekerja di organisasi Tabung Haji dan seorang pak aji. Dialah yang menghasut anak lelakinya dan kekasih anaknya untuk bernikah di seberang hanya kerana kos di sana murah. Patut ke? Sekarang, pihak polis sedang melakukan siasatan terhadap beliau setelah ibu dan ayah menantunya sudah membuat aduan kepada seorang ustazah dan sudah pastinya dia kini sedang berada di dalam ketakutan kerana rahsianya telahpun terbongkar ke pengetahuan besannya.

Berbalik kepada si anak itu tadi, dalam diam dia merahsiakan perkara yang sangat penting daripada pengetahuaan ibu dan ayahnya sendiri. Sudahlah kahwin lari, sehinggakan mengandung pun tidak diberitahu kepada orang tua beliau. Yang paling pelik sekali, walaupun si anak sudak mengandung selama 5 bulan pun masih tidak di sedari oleh si ibu dan ayah. Orang kata, ayah mertuanya telah memberikan ‘air mineral’ kepada si menantu bagi membutakan mata ibu dan ayah menantu dari mengetahui kewujudan bayi di dalam rahim anaknya. Mungkin juga…

Sesudah lahirnya bayi tersebut, barulah ayah mertua dan ibu mertuanya pergi ke rumah ibu dan ayahnya memberitahu perkara yang sebenar. bayangkan perasaan seorang ibu dan bapa apabila menegtahui anaknya sudah bernikah malah sudahpun melahirkan anak. Nak marah pun tak guna, benda sudah pun jadi. Nama pun anak, adalha sekali mereka menjenguk si anak dan cucu di rumah besannya namun sehingga sekrang mereka masih tidak percaya bahawa si anak sanggup melakukan perkara sebegitu rupa.

Kini, sudah 2 bulan si anak melahirkan bayinya tetapi, baru sekali itulah mereka mejenguk cucunya. Hati bukan boleh dipaksa walaupun mereka masih boleh menerima anaknya kembali tetapi arang yang si anak contengkan ke muka amat mengecilkan hati mereka. Dia sebagai anak yang sulong tidak sepatutnya membuat perkara ini lebih-lebih lagi dia mempunyai adik-adik dan sapatutnya dia menunjukkan tauladan yang baik kepada adik-adiknya bukan yang buruk.

Sadisnya, beliau masih terlalu muda berumur 20 tahun dan masih lagi belajar, masih lagi ditanggung oleh ayahnya. Walaupun sekarang ibu dan ayahnya sudah mengetahui benda yang sebenar namun, wang saraan masih diberi oleh ayahnya kerana kasihankan anaknya yang tidak mempunyai banyak wang. Si suami hanya bekerja makan gaji di maxis, apalah sangat gajinya untuk menyara anak orang dan bayi yang memerlukan banyak belanja itu. Tambahan pula, hanya mereka berdua sahaja tinggal di rumah sewa. Tidak lagi duduk di rumah ibu dan ayah si lelaki. Mereka tidak boleh hidup seperti pasangan lain yang mewah kerana masalah ekonomi. Apalah sahaja hanya satu motosikal mereka bergerak kesana sini lebih-lebih lagi sudah mempunyai anak. Kereta pun kadang-kadang mereka pinjam daripada ibu dan ayah si isteri untuk memudahkan pergerakan mereka.

Inikah yang dikatakan bahagia? Apalah salahnya tunggu beberapa tahun lagi untuk berkahwin apabila masing-masing mempunyai ekonomi yang kukuh untuk melayari bahtera sebagai suami isteri bersama. Mungkin sudah terlanjur barangkali. Agaknya.

Apa yang paling saya kasihankan di sini ialah ibu dan ayahnya. Mendengar cerita ini dari mulut orang tuanya sendiri sambil melinangkan air mata sudah cukup membuatkan hati saya sangat sebak dan tumpah simpati. Anak yang selama ini disanjung-sanjung akhirnya telah menconteng arang di muka mereka sendiri. Hendak tidak hendak, si tua itu jugalah yang terpaksa berhadapan dengan semua orang bagi memberitahu bahawa anaknya sudah bernikah.

Jadikanlah ini sebagai satu pengajaran bagi kita semua. Janganlah anggap perkahwinan itu sesuatu yang mudah dan seronok. Ia akan menjadi suatu beban dan berat jika kita menipu kepada orang tua kita dan tidak dapat memberikan kesempurnaan terhadap anak kita kelak. Kasihanilah orang tua kita, mereka punya hak dalam kehidupan kita.


Thursday, February 18, 2010

ADA BENAR, ADA SALAH

Benar itu tetap benar,
Apa yang benar tak patut
disangkalkan lagi,
Salah itu tetap salah,
Buat apa nak ditegakkan benang
yang basah,
Kadang-kadang kita berasa terlalu
yakin dengan benda disekeliling kita..
Yakin dengan keputusan,
Yakin dengan pendapat
atau yakin dengan orang yang kita sayangi,
Baguslah jika kita yakin dengan
itu semua,
Itupun kalau semua itu sahih
dan bukannya palsu,
Namun,apa yang menyesakkan kita
adalah kebenaran yang kita sangkakan
sebenarnya palsu belaka,
Sakit hati kita tiada siapa yang tahu,
Sampai di suatu tahap ianya benar-benar
menguji tahap maksima kesabaran kita,
Wujudlah perkara-perkara negatif seperti
tekanan, marah serta waspada tak kira masa,
tempat dan siapa,
Pahit getir seseorang itu amat memeritkan
jika ianya berulang kembali,
Jadi, perlu juga waspada itu…
Tapi, kita perlu bijaksana dalam
menguruskan kehidupan kita sendiri,
Fobia dan terlalu spesifik menjadikan
kita orang yang membosankan
dan rumit,
Perlunya kehadiran percaya akan
kenyataan yang berlaku dalam setiap
ruang hidup kita,
Ianya menjadi intipati dalam segenap
kawasan di sekeliling kita,
Mahu tak mahu kita wajib bersemuka jua,
Apa yang benar, kita raikan
Apa yang salah, kita betulkan atau
ekspresikan ketidakpuasan kita dengan
cara yang paling efektif…

Pretending is h*** !

Pretending to be damn strong is good but sometimes it kills you. In supplementary, ko akan merasa sakit dada dengan tahap paling maximum till u can’t endure yourself with your “pretending” and the worst part is you will still keep pretending over and over again till you reach at one point where ko akn berasa life is so cruel..plus boring..adding with sick and bla bla bla..bodoh la weyh nak pretend2 watpe?? it’s great people around us look at us and says that we are great and praise us like h*** (KONONNYE..)but sampai bila nak jadi camni kan?? sampai tua?? huh, sampai ke tua jugakla ko akan rasa hidup ni xenjoy...

Wat for nak pretend2 lagi?? Bukan boleh jadi kaya pun..duit still minta mak bapak jugak..pocket makin kering..purse mkin nipis..kepala makin pusing..hati makin gusar..dowh, stop it la..no need to do this kinda things k..be yourself..busuk pun busuk la janji you are not being a hypocrite person..you are living as a you..actually, org yg hypocrite tu sebenarnya adalah org yg paling lemah sekali if dicomparekn dgn org sakit HIV tau..HIV? bole la tu..ha…tau x??? Cuma apa yg penting just remind yourself to be a better person and enjoy each moment and second of your life with joy..wink wink..

Tuesday, February 16, 2010

likes his own mom??WT…!!!

It’s normal when we loves our mom but it’s started weird when we likes our mom. I mean, not as a mom, but more than that, or should I mention girlfriend? Yes, it happens here in Malaysia and and truth is we had heard about this issue before but I still surprised when I heard about this story right from my own aunt (mom’s sis) as she told me that a friend of her is being ‘admired’ by her own son herself since long time ago.

This is really shocked me off awfully because this is a forbidden in our religion’s rules or even in our country’s legal. This guy (unknown name), who before raised by his granny and used to lived with her doesn’t lived together with his mom. Since his mom were divorced with his dad, she started to worked by herself and left her son to be guarded by her mom. So, her son didn’t get really know her and once he saw her mom, he started likes her mom.

His mom who lives alone in a rent house was happy when her son wanted to moved there and live with her but unfortunately, she started to realized that her son seems to be acted in a different way, not as a normal son.

What happened? He appeared to get mad when his mom went outside to buy things or talking to anyone else especially to a men. The obviously was, he tries to rape his mom and luckily she has ran away and get out from that house.

The stupidest thing was, she does tell this matter to her neighbour including my aunt but she never tell to the police or other powerfull person because of she scared of her son where he did told her that he will harm her if she does telling someone about this.

The neighbours tries to tell the police but she refused to allow it even she really hates her dumb son. His son which is about 27 year old is actually has a bit of mental problem since he had an accident last several years and known as a ‘rempit-sejati’ by the neighbourhood.

He before involved in drugs and alcohol, got an accident when he was on his bike ride in a prohibited match with his friends were crashed by a car and ongoing from that scene, he has a mental problem.

As we go through from this story, do remind ourselves that don’t be so naive and brainless to fall in love with our own mom or dad even you doesn’t have a mental problem. Nevertheless, this thing had happened before to a normal person. Take this as a kowlegde and do tell your friends about this story to remind them about what happened. This is a sober matter and it supposed not to be happen in a family organization. Just have a good faith and InsyaAllah you will not get involves in this situation.

Wednesday, February 10, 2010

student's life



Many of us surely had gone through or is going through a student’s life. I mean, attend classes, doing bundles of assignments, and meet the faculty officers to settle anything that hasn’t settled yet and more. It’s totally right when sometimes all these kinds of things would make students like depressed, tension, eager and erghhh!!! However, back to the reality, it is a normal situation for a student facing these things and they aren’t a student if they haven’t gone through those things.

Awake at the middle of the night or still awake till dawn is kind of normal for a student. They might do their works, watching movies, surf internet, study and what so ever. Sometimes, when they have finished their works, they will hang out with their friends whether in their room or outsides their hostel and house chit-chatting about classes, lecturers, gossiping and talking about many of issues.

There are also moment that you’ve been mad by your lecturers, your assignments has been rejected, get into trouble with your mates and so on. Still, it is part of a student’s life where every people had gone through.

As times goes by, all the memories that they have done before in a university will be saved in their mind and it’s quite interesting when you reminiscing it when you working someday. You know, done all the stuffs before with your housemates, roommates, classmates, lecturers and so on. You will be missing them after done all things together, laughed together, cried together, shared things together and all together or even opposed certain issues together.

And right after you’ve graduate, you might notice terribly felt that the real thing about a student’s life is so interesting and enjoyable. Not every people could further his or her studies to university as you can. So, enjoy every moment and seconds each in your day as a student. ;)


Tuesday, February 9, 2010

"SCANDALISM AMONG TEENAGERS!!"


The word scandal in dictionary means false and injurious talk but here, I don’t want to talk about that scandal. The scandal that I meant is about having an affair with other person even though you now are in relationship with someone else. This thing happened not only to teenagers but to married couples too despite the fact that they have been married for many years. However, mostly it happened to teenagers nowadays and for them, it is a normal and not a big deal to act like that to their partner.

As we can see today, teenagers are eager to have an affair because for them it is like a tradition no matter boys or girls. Having two handphones at the same time and get very busy to treat two person or more at the same day and surely it will effect their studies or work. Looking for another aspect, it also could make them to waste their money by going out, put makeups, transportation, credits or top-ups, lunch or dinner, go to watch movies and many more. The worst part is when they’ve cheated to their partner’s best friend. Yes, it has happened for many times and it’s not just will break the relationship between the couple but also to the friendship that has been goes for a long time.

Betraying your partner or in other word is your GF/BF, is an unethical in relationship and this can cause a severe effect in relationship. Take a deep breath, inhales and exhales then, think about the future of your relationship. Should it be fantastic or disaster? Therefore, for those teenagers out there, do think about the consequences or penalty of your own action. Maybe, you might think that you are just pulling your legs but for the victim (GF/BF), it hurts them a lot and ask yourself, do you feel hilarious if your partner doing the same thing you did to her/him or do you feel bad same as they are? You have the answers.

It can’t be denial that you’ll feel you’ve a lot of loves around you and your life is completed. However, you’re similar to kill her/him not physically but inside. Just imagine you are in her/his condition, what will you feel? Is it a good feeling? If you think you will feel good, ask your partner to do so to you and you will feel the real ‘GOOD’ that you’ve think before.

What about if your dad get into a scandal and what do you think might happen to your mom? Will she feel so hypnotize by that? Don’t think about yourself, don’t be selfish. Love your lover and don’t betray her/him. Don’t think that she/he may not know about your ‘THING’ because your partner will feel something is wrong and hesitate about your loyalty. The time she/he finds out you’ve cheated her/him, she/he will not doubt to leave you for a good guy/girl they can trust. The feud that you’ve created will eat up yourself and there’s no need to be apologetic because it’s too late for you to regret for what you’ve done.

Sunday, February 7, 2010

uniknya Malaysia...


Nama Malaysia sudah semestinya terkenal di seluruh pelusuk dunia dengan keunikannya yang tersendiri dan masih penuh dengan nilai-nilai moralnya yang disegani oleh banyak negara. Keunikan Malaysia dipandang dari aspek yang pelbagai termasuk budaya, makanan, pakaian, kepercayaan, bahasa dan lain-lain lagi.

Sudah ramai yang tahu bahawa Malaysia adalah negara yang mempunyai pelbagai bangsa yang terdiri daripada bangsa melayu, cina, india, portugis, baba nyonya, bidayuh, iban, kadazan dan banyak lagi. Banyaknya bangsa dan kaum di bumi Malaysia ini, menjadikan negara ini sebagai salah satu negara yang popular untuk dilawati oleh negara-negara luar. Mereka boleh mempelajari pelbagai perkara daripada setiap kaum dan bangsa di Malaysia ini yang tidak terdapat di sesetengah negara .

Bukan sahaja mempunyai pelbagai bangsa dan kaum, malah, Malaysia juga terkenal dengan pelbagai perayaan seperti contohnya hari raya aidilfitri, hari raya haji, tahun baru cina, thaipusam, hari gawai dan macam-macam lagi. Hari-hari perayaan seperti ini bukan sahaja disambut oleh masyarakat yang berkenaan itu sahaja tetapi boleh juga disambut oleh masyarakat lain. Sebagai contoh, ada juga orang cina yang melawat ke rumah orang melayu semasa perayaan hari raya aidilfitri dan begitu juga dengan sebaliknya.

Selain daripada itu, dari segi kepelbagaian pemakaian juga amat unik dan menarik minat para pengunjung untuk mengetahui dan memakainya. Contoh pakaian yang terkenal adalah seperti pakaian tradisional baju kurung, baju melayu, cheongsam, samfu, sari dan lain-lain lagi. Setiap pakaian mempunyai keunikan masing-masing dan ramai juga bangsa lain yang memakai pakaian daripada bangsa lain untuk dijadikan pakaian seharian atau ke majlis-majlis tertentu. Lewat kebelakangan ini, pakaian-pakaian kaum di Malaysia sudah mencapai ke tahap yang lebih tinggi iaitu sudah sampai sehingga ke luar negara. Ini adalah perkara yang amat membanggakan rakyat Malaysia kerana bukan senang produk dari dalam negara untuk sampai ke luar negara.

Selain daripada pemakaian rakyat di Malaysia, makanan juga menjadi salah satu daripada perkara utama keunikan Malaysia. Dengan adanya rendang, ketupat, yong tau foo, tau foo fa, tosei, nasi lemak, teh tarik, satay, poori dan banyak lagi menjadikan Malaysia kaya dengan makanan-makanan yang lazat-lazat belaka. Makanan-makanan seperti ini bukan sahaja diminati oleh rakyat tempatan sendiri malah, diminati oleh orang luar yang datang berkunjung ke negara Malaysia. Ramai pengunjung yang mengaku dan membuat kenyataan bahawa makanan-makanan di Malaysia sangat sedap sehingga menjilat jari dan ingin mencubanya lagi.

Banyak lagi perkara tentang uniknya Malaysia seperti dari segi bahasa. Tidak dinafikan bahawa Malaysia mempunyai pelbagai bahasa atau dialek dari setiap daerah. Sebagai contoh, bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa mandarin, tamil, dialek Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Sabah, Sarawak, Perak, Kedah dan lain-lain lagi. Bukan sahaja kita boleh mempelajari satu bahasa tetapi banyak bahasa dan dialek yang boleh dipelajari di sekolah-sekolah dan terus daripada bangsa atau kaum itu sendiri.

Seterusnya adalah tempat-tempat yang berada di sekitar Malaysia yang sudah semestinya menjaminkan kepuasan yang luar biasa untuk dilawati berbanding tempat-tempat di luar nagra. Contohnya ialah Pulau Langkawi, Genting Highlands, A Famosa, Gua Niah, Kota Kinabalu, Pulau Tioman dan banyak lagi. Tempat-tempat pelancongan di Malaysia bukan sahaja menarik namun indah dan boleh memukau sesiapa sahaja yang berkunjung ke sana. Bak kata orang, ‘datang sekali mahu pergi lagi.’ Di Malaysia juga terdapat banyak tempat yang bersejarah malah sudahpun diiktirafkan sebagai Khazanah Warisan Dunia iaitu negeri Melaka dan Pulau Pinang. Tidak rugi rasanya jika sesiapa sahaja yang datang berkunjung ke tempat-tempat yang menarik di Malaysia kerana keindahan tempat-tempat ini tiada tolok bandingnya jika dibandingkan dengan bangunan-bangunan besi yang menghiasi negara-negara barat. Keaslian bumi masih terserlah di bumi Malaysia yang makmur ini.

Banyak lagi yang boleh dikaitkan dengan keunikan di Malaysia kerana Malaysia adalah negara yang banyak informasinya dan keasliannya yang tersendiri. Jadi, sebagai rakyat Malaysia, marilah kita sama-sama berbangga serta bersyukur di atas apa yang telah dikurniakan kepada kita iaitu negara Malaysia.

Saturday, February 6, 2010

ice-skating!!!


Ice-skating! Probably there’s a people who knew and doesn’t knew at all about this type of activities. Ice-skating is an indoor activity where located in certain places such as particular ice-skating hall or shopping mall for example in Sunway Pyramid. 

We can see lot of current teenagers doing bad activities such as hanging around with their peers without any motives, sees porno movies, joined illegal groups like Gothic and more. So, what’s the connection between both ice-skating and those bad activities? Good question buddy! Rather than doing those nonsense things, teenagers could join ice-skating club or just enjoy themselves there at any time that they want to and having their precious time with their family, friend or even GF/BF. 

In Sunway Pyramid, a ticket for ice-skating costs RM18.00 only. It’s quite affordable for any kind of people especially teenagers that wants to join this activity plus, you can spend a whole day in there once you have paid for the ticket. They are also provides socks and gloves where customers can buy them in such prices. They could go there once a week or once in two weeks whenever they intend to go.

This activity is quite interesting because it dares your ability in balancing your body and make you as a critical thinking such as you keep telling yourself that ‘I can do it! He can do it, she’ s so good, they are all really fast. So, why I couldn’t do that’. Therefore, you have bring yourself to another level which is you think positive and doesn’t giving up easily in having the skills in ice-skating like others there. 

In addition, ice-skating also can make yourself healthy and you’ll get a lot of sweat all of your whole body because you using your whole body to move on forward like legs, hands and what so ever even there’s an ice on the floor and seems like to be so cold but you involves in moving your body, so, that ‘cold’ thing doesn’t arise. Even you might get falling down, but the fact is, you will enjoy that time like in hog heaven because for most of the people there, for them it is fun and quite normal for the beginners. So, do not be so worry and ashamed. 

So guys out there, do try something new and don’t be so passive and know nothing about anything surrounding you. I’ve tried before and now it’s your turn. Ice-skating is good. Oyeah!! 

Thursday, February 4, 2010

what?? crush on me??




Someone has crush on u? wow!! Seronoknya bila ada hamba Allah ni suka kat kita kan..admirer la lagaknya kan..’apa nak buat eak?’ ‘owh..bila masa agaknya si dia start suka kat aku eak?’..’kenapa dia suka kat aku eak?’..’apa yang dia pandang pada aku sampai dia suka kat aku eak?’..maybe these Q is wat u might think when you’ve figured out that someone has fallen in love with u, right..well, it’s not a big deal when orang yang admire kat u all tu adalah orang yang u all minat & suka jugak.. as for the admirer tu pula, it must be easy la for he/she to settle kan feeling’s matter diorang tu..da tentulah orang yang diorang suka tu pon gives the same response..

Got certain cases macam si admirer ni suka kat u..but, dia kalo boleh tak nak u tau yang dia suka kat u..yela, takot kena gelak kan..he/she just trapped don’t know what to do..but the worst part is when someone that he/she likes doesn’t have feelings as well as dia feel kat that person..itu la yang paling diorang risaukan..nak2 si kawan kepada your admirer ni da bocorkan rahsia kat u yang si dia suka kat u tanpa pengetahuan ur admirer ni..obviously la he/she doesn’t know that u know he /she likes u, but by the time she finds out, she must be really2 punya malu & might be jugak la kan diorang terus tak nak fikir pasal u lagi coz perasaan malu dia tu extremely kills him/her more compare to perasaan dia kat u..actually, diorang still suka lagi kat u but maybe malu nak berhadapan dengan u lagi after all that..maksudnya lepas dia tau la u dah tau apa perasaan dia..

Yes, this one for those admirers yang anggap u ni juz popping for a while only in their life..yela, suka gitu2 jer..so, if u reject pun dia sikit pun tak rasa goyah la..katanya..tapi nak poyo!! Usha bukan main ribut..cakap bukan main manis, haha ni jenis admirers yg hipokrit..so, takda banyak story sangat la pasal kes2 admirer yang camni..

Some cases which is ended with a sad story when he/she really likes u but then u’ve rejected si dia..ya, it’s easy for u cause for sure la u doesn’t like si dia but it’s hard for he/she to accept it..tapi tak la suruh u all terima jer sesapa yang suka korang tu kan..takkan nak paksa diri sendiri pulak if da tak suka..juz nak cakap jer..diorang akan rasa betapa hancusnya hati..nak tercabot tangkai nyawa..KONONNYA..tapi never mind..time will heal it as time goes by..but maybe susah tok someone yang betul2 da lama suka kat u all..take years gak la tok diorang nak luahkan perasaan diorang kat u all..diorang akan rasa kecewa yang teramat, sakit yang teramat & sedih yang teramat..sumanya teramat..how sad, kan..

So, for those admirers yang kat luar tu, jangan la terasa sangat if korang kena reject..lumrah hidop kan..perasaan ni tak boleh nak dipaksa..& janganlah berharap sangat..u can try but do not really hoping dat u will be accepted, at least u had tried..& for those yang ad admirer tu if korang tak suka jangan lah reject dengan teroknya..cakap elok2 k..diorang pon manusia as u all gak..juz make it in a good and nice way..& last but not least, if u all pon suka kat admirer u all tu juz tell him/her n jangan simpan u all punya feelings tu..

Tuesday, February 2, 2010

BLOG DIJADIKAN SEBAGAI MEDIUM PERTELAGAHAN

(owh, gambar ini adalah kawan2 saya..bukan sape2 pon)
Jangan terkejut dengan ‘headline’ di atas, ia memang isu yang sangat hangat sekarang di mana ramai remaja yang dapat kita lihat kini menjadikan blog sebagai gelanggang mereka untuk bertelagah atau dalam erti kata lain, bercakaran mulut. Kebanyakan kes adalah seperti apabila adanya ‘blogger’ yang mengutuk atau mengata tentang seseorang yang mereka tidak berkenan. Mungkin ini dianggap seperti tidak memberi apa-apa kesan pun pada mereka namun hakikatnya, ini boleh menimbulkan rasa marah dan benci kepada orang lain.


Ada seorang kawan telah memberitahu bahawa dia telah melaga-lagakan kawan beliau dengan seorang lagi kawannya sehingga menyebabkan pertelagahan mereka dibawa sehingga keluar. Ini adalah contoh buruk si ’blogger’ kerana niatnya yang ingin melaga-lagakan kawan sendiri.


Ada banyak lagi kejadian yang lain yang telah terjadi atau sedang terjadi dimana ada segelintir ‘blogger’ yang meluahkan isi hati mereka dengan menyatakan ketidakpuasan hatinya terhadap seseorang di blognya. Malangnya, orang yang berkenaan telah membaca tulisan yang ditujukan kepadanya dan dari situ mereka mula menulis keburukan sesama sendiri di dalam blog masing-masing. Tidak cukup dengan itu, mereka pula menghasut ‘geng-geng’ mereka untuk melakukan perkara yang sama mengutuk, menghina, memaki dan macam-macam lagi.


Apa yang penting adalah pandai-pandailah kita menggunakan teknologi dan janganlah kita menyalah gunakan kebaikan teknologi. Sebetulnya, blog adalah tempat untuk kita berkongsi maklumat dan masalah. Bukan medium untuk menghina orang lain.