Thursday, February 18, 2010

ADA BENAR, ADA SALAH

Benar itu tetap benar,
Apa yang benar tak patut
disangkalkan lagi,
Salah itu tetap salah,
Buat apa nak ditegakkan benang
yang basah,
Kadang-kadang kita berasa terlalu
yakin dengan benda disekeliling kita..
Yakin dengan keputusan,
Yakin dengan pendapat
atau yakin dengan orang yang kita sayangi,
Baguslah jika kita yakin dengan
itu semua,
Itupun kalau semua itu sahih
dan bukannya palsu,
Namun,apa yang menyesakkan kita
adalah kebenaran yang kita sangkakan
sebenarnya palsu belaka,
Sakit hati kita tiada siapa yang tahu,
Sampai di suatu tahap ianya benar-benar
menguji tahap maksima kesabaran kita,
Wujudlah perkara-perkara negatif seperti
tekanan, marah serta waspada tak kira masa,
tempat dan siapa,
Pahit getir seseorang itu amat memeritkan
jika ianya berulang kembali,
Jadi, perlu juga waspada itu…
Tapi, kita perlu bijaksana dalam
menguruskan kehidupan kita sendiri,
Fobia dan terlalu spesifik menjadikan
kita orang yang membosankan
dan rumit,
Perlunya kehadiran percaya akan
kenyataan yang berlaku dalam setiap
ruang hidup kita,
Ianya menjadi intipati dalam segenap
kawasan di sekeliling kita,
Mahu tak mahu kita wajib bersemuka jua,
Apa yang benar, kita raikan
Apa yang salah, kita betulkan atau
ekspresikan ketidakpuasan kita dengan
cara yang paling efektif…

No comments:

Post a Comment