Monday, March 22, 2010

KEBENARAN-Take Note Teenagerz

Kita tak perlu jadi orang lain
untuk mendapatkan perhatian,
Kita tak perlu selalu pandang ke depan
kerana inginkan kemashyuran,
Kita patut bangga menjadi
diri kita yang sebenar,
Menjadi seorang yang bukan
‘Duplicate’ kepada sesiapa,
Kadang-kadang kita perlu juga
untuk menoleh ke belakang
demi memajukan diri kita,
Pengalaman patut kita jadikan
‘Sifu’ utama bagi diri kita,
Pernah tak kita terfikir
kenapa orang selalu berwaspada
dengan diri kita?
Mudah saja, kerana kita tak pernah
atau jarang tunjukkan keajaiban
yang kita ada pada mereka,
Kita sendiri tak konfiden dan takut-takut
untuk berhadapan dan buat apa yang
kita mampu buat…
Awas! Buat apa yang kita mampu buat,
Bukan apa yang mampu kita buat
Jadi, buktikan dan buka mata mereka
semua akan keajaiban kita,
Semaikan rasa yakin dan berani
menghadapi apa jua halangan serta
anasir-anasir buruk yang bakal kita
hadapi,
Selepas kita keluarkan keajaiban kita,
Tiada alasan lagi untuk mereka
berwaspada dengan kita,
Kebenaran ada dengan kita jika
kita mampu buktikannya…

No comments:

Post a Comment