Seperti yang kita semua ketahui, arus kemodenan memberi impak yang sangat besar terhadap generasi terkini. Tidak kira dari sosial, ekonomi, insaniah dan lain2. Pelbagai isu yang pernah diketengahkan dalam membincangkan hal-hal seperti ini. Bermacam persoalan yang timbul dalam kita mendefinasikan apa erti sebenar arus kemodenan. Impak2nya terhadap manusia, positifnya terhadap setiap golongan masyarakat, hubungkaitnya antara dunia dan alam akhirat dan lain2.
Salah satu daripadanya adalah kemodenan yang ada pada hari ini telah disalahgunakan oleh generasi kini. Mereka membinasa, menyalaherti dan memberi apa yang tidak patut kepada apa yang telah dicipta dan diwujudkan oleh generasi2 yang terdahulu. Contoh yang paling terdekat adalah anak-anak remaja kita sendiri. Mereka membuat pelbagai masalah berkaitan dengan vandalisme, penciptaan virus di alam cyber dan bermacam lagi. Terlintaskah di fikiran mereka bahawa kesemua yang telah mereka lakukan itu memberi impak negatif kepada masyarakat. Dengan menimbulkan masalah2 seperti ini, tidak akan memberi apa2 faedah atau menjana sekelumit pun terhadap ekonomi negara.
Jika kita memberi pendekatan terhadap isu2 lain seperti membunuh diri, mencuri, merogol, pergaulan bebas dan pelbagai lagi, mereka yang tergolong dalam golongan sempit akal ini adalah di antara orang2 yang mendesak diri mereka menjadi orang yang lepas laku dan bertindak seperti binatang atau kehilangan orientasi. Maruah diri mereka dicampak di dalam lautan sampah yang penuh dengan keretakan insaniah di dalam diri mereka.
Permasalahan isu kurang siuman dan bunuh diri juga merupakan isu yang terbesar di kalangan generasi moden kini. Dengan tidak berlandaskan jalan yang tuju mereka mengabdi dan bertuhankan syaitan seolah2 tiada Tuhan disisi mereka. Kecelaruan fikiran dan keruntuhan moral boleh dilihat dari pelbagai aspek seperti keretakan ikatan hubungan kekeluargaan dan hubungan terhadap Tuhan mereka sendiri.
Dalam terlalu asyik mengejar arus kemodenan kerana gentar akan diperlekehkan oleh orang lain tidak up to date, terlalu kuno dan seangkatan dengannya, mereka lalai tanggungjawab mereka terhadap anak2, ibubapa, saudara-mara serta golongan yang lain. Pada mereka, mengeratkan silaturrahim tidak sepenting kuasa dan kemewahan. Ekoran daripada itu, wujudlah kes2 seperti lupa daratan, lupa asal-usul, kes pembuangan bayi, pembelotan antara keluarga sendiri dan bermacam lagi.
Ada juga yang mengabaikan kemoralan dalam diri sendiri sebagai contoh merasuah, mengsonglap wang syarikat, pecah amanah serta lain2 lagi. tidakkah mereka beasa bersalah terhadap apa yang telah mereka lakukan itu?
Ya, dalam kita membincangkan semua isu diatas, sudah semestinya ada juga penyebab lain. sebagai contoh, iklan-iklan atau rancangan2 yang dipaparkan di telivisyen. Lihat sahaja contoh iklan deodorant yang dahulunya jika kita kaji, model nya hanya akan memegang botol deodarant nya sahaja sambli tersenyum. Tetapi tidak sekarang, model nya akan menunjukkan ketiak mereka dan memakai pakaian yang seksi. Tidakkah itu dipanggil contoh yang bodoh untuk melariskan jualan mereka. Banyak lagi contoh2 yang lain jika hendak diuraikan satu persatu.
Tidak dinafikan, ada juga kesan2 yang positif dalam arus kemodenan ini tetapi di sebalik kebaikan2nya, terselit juga banyak kekusutan yang melanda. Apa yang paling penting di sini ialah kepintaran dalam menyelarutkan diri di dalam arus kemodenan ini. Perlulah kita sentiasa ingat bahawa generasi terdahulu tidak menjadikan generasi yang sekarang untuk menjadi seperti golonngan yang tiada hala tuju sebenar dalam hidup mereka. Jadi, beringat-ingatlah kita terhadap benda-benda yang lebih penting dari mengejar arus kemodenan.
No comments:
Post a Comment